Saturday, 17 June 2017

PEMENANG MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat

Assalamualaikum dan haii...


Alhamdulillah saya dah selesai peperiksaan akhir untuk semester 2 . Sebab tu lah tarikh tamat Giveaway ni 16 Jun. Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi join GA ni. Sebelum itu, saya juga nak berterima kasih kepada bloggers yang bagi pandangan tentang blog saya ni .
   
     Pertama sekali, saya minta maaf akan kesulitan peserta pada awal GA ni berlangsung kerana "disable right click" yang menyukarkan peserta untuk copy banner. Sebenarnya saya terlupa, maafkan saya >.<  .. Ada blogger yang komen tentang border blog, saya dah tambah sikit-sikit . Background blog kurang menarik juga mungkin. Kebanyakannya berpendapat untuk  saya selalu update blog supaya ramai pembaca. Saya akui, bila bermulanya sesi pembelajaran, saya memang jarang online blog ni. InsyaAllah sepanjang cuti 3 bulan ini mungkin ada perubahan ( mungkin... hahaha)

    Baiklah saya sengaja panjangkan introduction hahaha.. Mesti semua tak sabar nak tau pemenang kan? Saya umumkan 4 pemenang untuk topup dahulu. *bunyi drum* tadaa...

PEMENANG TOPUP RM10






PEMENANG TOPUP RM5






PEMENANG BAGI TOP REFERRAL 
yang akan memenangi barangan daripada Cynas Shoppe

The Zafirah Nazri


Tahniah buat para pemenang . Terima kasih atas sokongan semua peserta.
Kepada pemenang, tolong DM saya di instagram @cynas.shoppe butiran berikut sebelum 21 Jun .. Pemenang Top Referral juga insyaAllah akan dapat hadiah sebelum raya kalau DM saya sebelum 21 Jun.

Pemenang Mini Topup Giveaway (Topup)
url blog:
No. tel:
Telco : (maxis, celcom, etc..)

p/s: I ask for phone number because i will reload the topup (not using prepaid card)

Pemenang Mini Topup Giveaway (Top Referral)
url blog:
Nama:
Alamat:
No. tel:


Salam sayang, 

MerahCekelat :)

Wednesday, 14 June 2017

SENARAI PESERTA MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat

Assalamualaikum dan hai ...

Terima kasih kepada yang sudi join dan support Giveaway ni . Saya masih mengekalkan hadiah untuk 5 Pemenang . InsyaAllah Pemenang akan diumumkan pada 17 atau 18hb JUN . Berikut merupakan senarai peserta terkini bagi GA ni. Saya harap masih ada lagi yang nak join ..


  1. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  2. http://themaiman.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcokelat.html
  3. http://www.mialiana.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  4. http://the-fadedd.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  5. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  6. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  7. http://happinessin-me.blogspot.my/2017/06/giveaway-mini-topup-by-merah-cekelat.html
  8. http://letsliveourlive.blogspot.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  9. http://jombercontest.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  10. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html?m=1
  11. http://cikgufaizcute.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  12. http://honeyoyeke.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway.html
  13. queensyanis.blogspot.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  14. http://www.kasihjuju.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  15. http://nonasani.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  16. http://www.syuhadasalleh.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  17. http://puankuci.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  18. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  19. http://tarotthefool.blogspot.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  20. https://smoochiemallow.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  21. http://www.sayidahnapisah.com/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  22. http://penselduabee.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  23. https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html
  24. http://messarah.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html

Giveaway ini masih berjalan sehingga jam 11.59 PM 16 JUN . Harap maklum..

Bagi yang belum join GA ni, oleh KLIK SINI .

p/s: Doakan saya untuk exam terakhir esok untuk sem ni . :D


Wednesday, 7 June 2017

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat

Assalamualaikum dan hai ..
Salam Ramadhan ..




Saya nak lancarkan my first mini giveaway " MINI TOPUP GIVEAWAY " . Bagi giveaway ni, saya akan umumkan 5 PEMENANG . Giveaway ini bermula 7 Jun 2017 .

Syarat-syarat :

1. Blogger warganegara Malaysia.
2. Buat satu entri bertajuk "MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat", letak banner di atas dan link-kan ke post ini.
3. Tag 3 rakan blogger lain.
4. Follow Blog MerahCekelat dan ig @cynas.shoppe .
     [ KLIK SINI ] untuk tabungan masa depan .. hihihi

5. Optional : Komen la sikit pasal blog MerahCekelat ni dalam post tu, kerana saya perlu penambahbaikkan. Sebab dah lama tak online .
6. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen post ini sahaja.


SENARAI HADIAH

TOP REFERRAL : 1 item daripada Cynas Shoppe ( saya akan pilih sendiri berdasarkan stok yg ada)

Pemenang pilihan random.org :

2 pemenang x Topup RM10
2 pemenang x Topup RM5

TAMAT : 16 Jun 2017

Giveaway akan terbatal sekiranya jumlah peserta kurang daripada 20 orang .
Harap Maklum .


Tuesday, 6 June 2017

Senarai FB Group Blogger

Assalamualaikum dan haii..
Salam Ramadhan..

Hari ni rajin sikit, nak senaraikan group blogger yang aku join. So korang yang belum masuk lagi mana-mana group ni, boleh klik terus link . FB Group ni lah tempat blogger share post terbaru, dan jumlah pembaca boleh ditingkatkan .. (walaupun diri sendiri pemalas nak share.. hahaha)


SENARAI FB GROUP BLOGGER



Yang last tu paling terkenal kan ? aku dah join semua group ni dah lama. Kalau ikutkan masa mula-mula buat blog dulu tahun 2011 . Tapi selepas beberapa kali blog kena hack. Sekarang aku siarkan untuk korang yang belum join . Semoga bermanfaat !


btw I have plan to do a mini giveaway for next post. I need your support. Stay tuned .

Saya tengah final exam sekarang, doakan semoga dipermudahkan . Good Luck for students that taking exam and also for new students in matriculation. Have fun in your matriculation life !


Thursday, 6 April 2017

Matriculation Life

Assalamualaikum .

Hari ni nak cakap pasal matrikulasi. Mesti ramai lepasan SPM sekarang tengah google tempat-tempat yang bakal korang masuk lepas ni kan ? Aku nak berkongsi berdasarkan pengalaman . Selalunya keputusan kemasukan matrikulasi akan keluar dulu kan sebelum UPU.

    Pada mulanya, aku suka sangat bila check dekat portal. Aku layak memasuki matrikulasi. Excited tu tak terhingga. Rasa macam bertuah sangat. Cerita kat mak ayah macam-macam pasal matrik. Mak pun ada survey dengan kawan-kawan yang ada anak pernah masuk matrik.


    Tak lama lepas tu, banyak pula anasir-anasir luar yang cakap matrik ni susah. Study kena struggle. Bermulalah satu demi satu soalan muncul dalam kepala. Aku ni boleh ke ? Aku ni selalu buat kerja last minute ja, mampu ke aku ? Layakkah aku masuk tempat budak-budak pandai tu ? Keputusan spm tu dah la tak seberapa. Apa sangat yang aku mampu buat ?
    Hati mula gundah gulana. Waktu ni, mak dah sokong untuk masuk matrik. Aku masih berbelah bahagi. Ada ja soalan yang terlintas .

    Aku mula fikir positif . Selepas baca semua pengalaman senior matrik dekat blog-blog. Ada juga ahli keluarga yang sokong. Aku rasa aku patut masuk matrik. Lagipun , aku bukan berlatarbelakangkan orang berada . Emak ayah pun risau cari duit untuk bagi anak diorang sambung belajar. Satu ja aku fikir sekarang, aku taknak bebankan mak ayah. Sekurang-kurangnya ada elaun yang dapat membantu.

*Post di atas ini adalah post yang aku tulis seminggu sebelum keputusan UPU keluar. Dah lama dalam draft, sekarang dah sambung degree pun, baru nak publish.*

Alhamdulillah, seperti yang  korang tahu. Setelah macam-macam orang kata pasal matrik, macam-macam cerita seram sejuk dekat matrik. Akhirnya sekarang dah sambung degree. Selamat jaa, sihat walafiat jaa.. hihihi..


     Tetapi ... ada cerita disebaliknya. Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat tawaran dari UPU. Ya, aku tak dapat. Mula-mula, tu memang asyik persoalkan kenapa boleh tak dapat, angan-angan macam2. Bila difikirkan balik, aku selalu doa. Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk memilih masa depan. Aku anggap Allah dah permudahkan jalan aku untuk tidak membuat banyak pilihan. So, aku tanpa fikir panjang lagi, aku nekad masuk matrikulasi.



I was here in KMPP.

     Seriously, korang akan rasa macam keluarga dekat matrik. Tak kira dengan kawan-kawan ataupun pensyarah(panggil cikgu ja dulu) .. Sepanjang ada kat sana, korang akan dapat rasa "special bonding" tercipta. 

    Sebelum masuk, memang macam-macam yang korang akan dengar. Masuk sini kena struggle betul-betul, nanti kena buang kalau pointer rendah , Tapi, ada sepupu aku cakap, " Masuk ja dulu, tengok betul ke tak apa yang orang cakap. orang yang cakap tu pun tak masuk matrik, macam mana diorang tau ?" 

     Bila korang dah masuk, percayalah korang akan kerapkali dengar orang sebut, " Berapa banyak senior matrik yang dah sambung degree duk cakap, kalau boleh nak balik matrik. Rindu zaman matrik."
Aku akui, sekarang memang terasa rindu. Sebab dah tak sama macam matrik. Kat matrik, kalau lambat pick up, cikgu-cikgu tolong sampai boleh, Masa degree, kena tanggungjawab sendiri untuk pi cari pensyarah, pensyarah takkan cari pelajar.

Oh yaa.. aku sambung sains fizikal dekat matrik. Untuk pengetahuan korang, matrik ada 3 aliran:

Sains fizikal : Fizik, Kimia, Sains Komputer, Math
Sains Hayat : Fizik, Kimia, Bio, Math
Sains ****(lupa nama): Kimia, Bio, Math, Sains Komputer
dan Akaun.

Untuk pengetahuan korang juga, aku berminat dalam farmasi. Tapi ditempatkan dalam sains fizikal yang takda subjek bio. Selepas beberapa bulan masuk matrik, aku juga ditawarkan Latihan Separa Perubatan SPA . Stay tuned untuk cerita seterusnya... InsyaAllah..

*Kalau ada persoalan tentang matrik, boleh komen di bawah. InsyaAllah akan dijawab pada next post.

 

Saturday, 11 March 2017

New Purse at Cynas Shoppe !!!

Assalamualaikum !

Apa khabar warga blogger. Saya akui, saya tak banyak meluangkan masa untuk blogging. Terima kasih kepada yang sudi singgah blog ini dan tinggalkan jejak di chatbox. Terima kasih sangat...

Firstly, nak buat ucapan penghargaan kepada penganjur Giveaway : Happy Birthday Aireen ! by Elsaalicious & Sponsors kerana saya adalah salah seorang pemenangnya.. hehehe 

Berbalik kepada tajuk.. Kepada penggemar, peminat, barangan Cath Kidston . Seperti yang korang boleh tengok dekat sidebar .
New Purse and Bags in the house !!!



Cath Kidston 
Regular Zip Clip Wallet
RM27 exclude postage








Cath Kidston
Small Zip Purse
RM20 exclude postage









Saya bagi korang cuci mata dulu k.. Boleh terus ke ig @cynas.shoppe untuk tengok banyak lagi barang lain..

Friday, 24 February 2017

Tuesday, 21 February 2017

Friday, 17 February 2017

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

Thursday, 19 January 2017

Cath Kidston Online Shop : Cynas Shoppe

Assalamualaikum...

Kalau ada baca post saya sebelum ni, saya ada cakap akan buat online shop . Alhamdulillah saya dah mulakan online bussiness di instagram.



Cynas Shoppe ada jual backpack, purse , sling bag, handbag, tote bag dan ada lagi yang lain. Sesuai sangatlah dengan status sebagai seorang pelajar ni kan. Macam-macam saiz dan macam-macam harga ada. Boleh pilih yang mana suka. Macam mana nak dapatkan ? 

FOLLOW DI INSTAGRAM :


Bagi backpack, kalau beli 3 backpack dapat free postage . Jadi, ajaklah kawan-kawan yang lain kumpul beli order sama-sama. Kan jimat... heheheh

*Kepada sesiapa yang nak buat giveaway dan memerlukan sponsor, boleh DM saya di akaun IG tersebut. 

Friday, 13 January 2017

Throwback Semester Pertama


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu habis final exam, dah seminggu balik kampung.. hehehe.. So, nak throwback sikit beberapa program sepanjang semester ni.. 

     Pertama sekali, wajiblah bagi first year student untuk join pertandingan sorakan or cheers . Pertandingan ni berdasarkan desasiswa masing-masing. Di USM, hostel kat sini digelar desasiswa (fyi).. Sempena sambutan kemerdekaan juga, kami jadikan formasi bentuk sehati sejiwa seperti dalam gambar. Walaupun terpaksa jerit masa sorakan dalam hujan pulak tu, tapi pengalaman yang istimewa la.. 



    Seterusnya pengalaman yang paling special dan tak dapat dilupakan ialah MENARI . Bayangkan, badan yang tak pernah lemah lembut kena menari. Memang kekok .. Sebenarnya, ini adalah kerja kursus bagi subjek Hubungan Etnik (SHE101). Selain diberi tugas untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan, kami juga mesti mempersembahkan tarian tradisional yang dipilih. Event ni dibawah Pusat Pengajian Sains Komputer. Walaupun tiap-tiap malam kena tidur lewat untuk berlatih menari, tapi bila dah kenal dan rapat dengan ahli kumpulan masing-masing, dah rasa macam keluarga, macam adik beradik. Maklumlah tiap-tiap hari menghadap muka yang sama. 



     Banyak lagi event yang menarik semester ni, Cuma nak kongsi beberapa saja.. Ok ni sebelum study week. Dah sampai penang memang rugi la kalau tak pergi sini. Pesta Pulau Pinang. Bagi yang taktau, pesta penang ni dekat ja dengan USM Induk . Kalau naik grab car, RM5 saja kalau tak silap. Memang banyak game yang lasak. Tapi kadang-kadang ada yang pergi nak 'cuci mata' saja.. Release tension sebelum exam. 


Gambar ni dari atas game Euro Wheel.

Hanya sekadar perkongsian. In Shaa Allah sepanjang cuti semester ni, saya akan berjinak-jinak dengan bidang online business. Doakanlah ya.. 

Sunday, 1 January 2017

WELCOME 2017 !

Assalamualaikum..


Source : google.com

Selamat Tahun Baru semua !! Semoga pada tahun kali ini, tiada lagi azam yang tertunggak. 
Pada mulanya, saya ingat nak update blog selepas habis final exam, tapi rasa macam tak best pula kalau tak mula pada 'first day of 2017' .. cewaahh.. hahaha

Saya tahu banyak benda mencabar akan datang pada 2017 ni. Contohnya, umur dah masuk angka 2 kat depan. Dah hilang perkataan 'teen'. Siapa geng ?

Anggap ini pembukaan bagi blog ni sempena tahun baru.
Doakan saya untuk final exam. Tinggal lagi 3 paper dan akan tamat dalam minggu ni juga. 
Saya juga doakan semua pelajar yang final exam sekarang, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dapat CGPA yang dapat membanggakan ibu bapa dan diri sendiri.
Good Luck ! See you soon...